7 Mesej Bukti Suami Curang Dengan Perempuan Amput. Tolonglah Jangan Kacau Suami Orang..! Hancur Perkahwinan Aku Selama 8 Tahun..

Auto Draft
Gambar Sekadar Hiasan

Saya Chinese indonesia berkahwin dengan seorang lelaki sarawak. Perkahwinan sudah masuk tahun ke-8 dan kami tinggal di sarawak. Kami sangat bahagia hingga dikurniakan cahaya mata yang sangat comel. Kini perangai suami semakin hari semakin berubah. Sehingga saya sendiri tidak lagi mampu menahan sabar dengan perangai suami sendiri.

Bila terjadi pergaduhan atau perbalahan antara kami. Suami kerap kali beri alasan mencari rezeki (duit) di luar untuk kehidupan yang harmoni untuk anak dan bini di rumah. Tetapi itu hanya kata-kata indah, warna warni, ayat manis dari suami untuk memberi seribu satu alasan.

Tetapi disebalik alasanya itu suami telah main kayu tiga di luar. Sungguh seronok bersama perempuan lain di luar sedangkan anak bini dirumah menunggu kepulangannya.

Satu lagi perkara yang tidak boleh diterima. Hasil mencari rezeki, suami telah membelanjakan duit itu untuk menyara makan minum perempuan sundal itu. Suami sering mengangap perempuan itu segalanya, perempuan itu lah intan payung untuknya padahal disebalik itu selalu anggap bini dia seorang yang sial kerana semua yang dilakukan saya (bini) selalu akan salah di mata suami. Suami juga kerap kali membandingkan perempuan itu dengan saya..

Suami sungguh tidak bersyukur kerana sudah mempunyai family bersama 2 keturunan, rezeki yang selalunya cukup tetapi suami tidak pernah nampak akan kasih sayang tuhan kepadanya. Masih juga tetap bersama perempuan lain sedangkan anak dan bini terabai.

Suatu hari saya jumpa bukti yang kukuh bahawa suami seorang yang curang sehingga saya sendiri tidak dapat menahan perangai suami. Suami juga menuduh perkara yang bukan-bukan terhadap diri saya. Mertua turut serta masuk campur hal keluarga saya.

Oleh kerana itu saya terus tinggalkan anak tinggal dengan dia orang. Pada masa itu hanya tuhan sahaja tahu perasaan saya, bertapa luluhnya, sedihnya hati seorang isteri apabila dapat mengetahui perkara ini.

Lepas tinggalkan, saya ingat suami akan bertanggungjawab pada anak-anak tetapi dia serah semua kat mertua sy. sedangkan dia bawa perempuan tu kemana-mana sahaja. Satu hari bila saya suruh dia pilih sama ada saya atau perempuan itu tetapi dia tak dapat buat keputusan kerana dia tidak dapat buang perempuan tu.

Saya sangat sedih pada masa tu kerana suami tidak pernah ingat, saya yang hidup susah senang dgn dia dulu, saya yg bagi dia keturunan, saya yg selalu sabar dengan perangai dia. Kini sampai gelap mata seorang suami yang dulu nya boleh sayang anak bini, tetapi sekarang otak macam melayang sahaja

Suami juga tidak mahu sign surat cerai. masa saya lari tinggalkan dia. Dia (Suami) pulak boleh buat report palsu kat polis dan suruh perempuan tu post di laman sosial. macam mana hati ini boleh sabar dengan orang yang kita anggap suami kita buat mcm tu..

Auto Draft

Ini ayat perempuan tu dgn suami saya. First time kantai suami ada perempuan lain. Suami nak buang dia terus dalam hidup tapi dia mengayat suami. Lepastu suami jumpa dia terus lah hancur hidup saya.

Auto Draft

Auto Draft

 

Kawan perempuan ni juga kata perempuan ni mmg sundal. bukti dari komen dekat facebook tu.

Auto Draft

Perempuan ni Kaki kikis duit suami saya je..

Auto Draft

Bila suami tahu dia salah.. atas ni mesej dia cuba pujuk saya.

Auto DraftAuto DraftAuto Draft

 

 

Sdh tdk tahan sy dgn mulut berbisa dia tu.dgn happy dia stay dgn laki org yg dua anak.kenapa lah selalu ada yg nak kacau kebahagiaan org.bila tgk laki tu ada tunang k.bini k .cuba lah jgn try2 menggatal lg.kasian kat anak2 pulak jadi korban,sbb bini tak tahan sdh nak jaga hati.
Sbb laki selalu balik penuh kissmark kat badan.

Pelik hidup da cuba sabar banyk pulak yg tak kena..enth lah ending dia nanti sbb sy stay tempat lain seorg diri skrg.takde family.suami tak nak cerai hanya sj kasian kat anak.nak balik tak kan nak tgk dia dua happy depan kita lg..😢

Tolong viral kan..boleh jd ajaran kepada perempuan yg senasib dgn sy.masa2 ini family sy dgn kawan2 sy yg selalu jd semangat sy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *