“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!

Raja Azmi tampil sebagai pengarah buat kali pertama menerusi filem berjudul Enjin No 9 yang akan ditayangkan bermula 29 Mac ini. Foto AZHAR ARIF

TAMPIL sebagai pengarah buat kali pertama, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman menyifatkan filem arahannya berjudul Enjin No 9 sebagai bayi yang sudah lama ditunggu-tunggunya.

Malah Raja Azmi menggambarkan perasaan gembira itu sama seperti penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza yang baharu sahaja menimang cahaya mata pertama pada 19 Mac lalu selepas 11 tahun berusaha mendapatkan zuriat.

“Ketika menjalani penggambaran setiap hari saya berasa gementar seperti perasaan sedang hamil menantikan bayi sulung yang saya tunggu sejak sekian lama.

“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini! Rasa macam Siti pula.

“Ini filem pertama arahan saya dan ia sangat istimewa dan akhirnya lega ia bakal menemui penonton tidak lama lagi,” katanya.

 

“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!Barisan pelakon bersama penerbit Enjin No 9, Tengku Azalli Tengku Sulaiman.

Raja Azmi ditemui pada tayangan perdana Enjin No 9 yang diadakan pada malam Isnin lalu.

Enjin No 9 menampilkan barisan pelakon seperti Tajul Arif, Bila AF, Kazar, Datin Fadilah Mansor, Sharifah Shahira, Abon, Dottie, Ayuni Haris dan Hafiz Bahari.

Ia bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 29 Mac ini.

Mengulas mengenai keputusannya bergelar pengarah, Raja Azmi berkata, ia berlaku secara kebetulan selepas penerbit filem itu, Tengku Azalli Tengku Sulaiman memintanya mengarahkan karya itu walaupun pada awalnya dia hanya membantu mengolah skrip.

Katanya,  pada awalnya dia agak bimbang sekiranya gagal memberikan yang terbaik kerana tiada pengalaman sebagai pengarah namun keyakinan diberikan Tengku Azalli membuatkan dia mengambil risiko itu.

 

“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!Tajul Arif kali pertama berlakon.

“Sebenarnya pada mulanya saya hanya membantu mengolah skrip filem itu kepada lakon layar tetapi di saat-saat akhir, penerbit meminta saya mengarahkan filem itu.

“Beliau yakin saya dapat lakukannya dan saya sahut cabaran itu dan Alhamdulillah saya gembira ambil risiko itu,” ujarnya.

Tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan berbentuk anugerah untuk pengarahannya itu, Raja Azmi sebaliknya sudah berpuas hati apabila berjaya menyiapkan Enjin No 9 dan berharap ia akan mendapat sambutan baik penonton.

“Saya anggap ini sebagai satu perjudian… baik atau pun buruk, keputusannya hanya apabila filem ini ditayangkan di pawagam nanti.

“Bukan pengiktirafan yang saya cari sebaliknya cukup sekadar penonton bergembira dengan kisah yang dipaparkan kerana ia membawa pelbagai mesej disebalik komedi diselitkan,” jelasnya.

 

“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!Bila AF.

Bercakap mengenai pemilihan Tajul sebagai watak utama, Raja Azmi berkata, walaupun dia tidak mempunyai pengalaman berlakon namun penyanyi Sedalam-Dalam Rindu itu berjaya membuktikan dia boleh berbuat demikian.

Kata Raja Azmi, dia gembira dengan hasil ditunjukkan oleh Tajul selain menyifatkan penyanyi itu seorang yang berbakat besar dan mampu pergi jauh jika terus diberi peluang dalam bidang lakonan.

“Pada awalnya bimbang juga sehingga saya buat kelas lakonan khas selama tiga hari bersama heroin bagi memastikan mereka dapat keserasian sebagai pasangan dalam Enjin No 9.

“Dia cepat belajar dan ketika di set penggambaran saya nampak usahanya untuk memberi yang terbaik dan Alhamdulillah dia beri apa dalam bayangan saya untuk wataknya sebagai Ujang,” katanya.

Tambah Raja Azmi, dia juga terkejut dengan prestasi bekas peserta program Akademi Fantasia iaitu Bila yang memberikan persembahan bertenaga dalam Enjin No 9 walaupun hanya sebagai watak pembantu.

“Saya kagum dengan Bila kerana setiap kali datang ke set penggambaran dia sentiasa bersedia dan hafal setiap baris skripnya.

“Wataknya tidak besar dalam filem ini tetapi kehadirannya memberi warna kepada keseluruhan jalan ceritanya,” kata Raja Azmi.

 

Tajul, Baru 19 Tahun Bakal Jadi Suami

“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!

 

SELEPAS popular dengan lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul Ariff kini bakal bergelar pelakon apabila dilamar untuk terlibat dalam filem Enjin Nombor 9.

Tajul, 19, berkata, dia menerima tawaran tersebut bagi mencabar dirinya dalam bidang lakonan.

“Alhamdulillah, pada awalnya terkejut juga kerana saya tidak pernah berlakon dan tiada sebarang pengalaman.
“Pihak produksi menghubungi syarikat rakaman dan mahu juga saya terlibat dalam filem tersebut. Mereka percaya saya boleh melakukannya,” ujarnya kepada mStar Online.
Tambah Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md. Shari, dia sudah menghadiri sesi bacaan skrip dan bertemu produser filem berkenaan iaitu Raja Azmi.

“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!

Tajul, Baru 19 Tahun Bakal Jadi Suami

Tajul bersama produser Raja Azmi.

Katanya, dia juga bakal menghadiri kelas lakonan bersama Raja Azmi sebelum memulakan penggambaran.
Sementara itu, berkaitan watak yang bakal dibawanya, kata Tajul, dia bakal memegang karakter seorang suami dan cucu kepada pelakon Kazar Saisi.
“Watak saya sebagai seorang lelaki yang sudah berkahwin, pada mulanya rasa macam kelakar juga sebab usia saya baru 19 tahun, masih muda untuk bawa watak itu.

“Tapi Raja Azmi kata, mereka akan ajar dan bantu saya membawakan watak suami itu dengan baik,” ujarnya.

 

 

Katanya, watak isteri yang sepatutnya dilakonkan penyanyi Wany Hasrita terpaksa digantikan dengan pelakon baharu lain berikutan masalah jadual penyanyi tersebut.
Dia akan mula menjalani penggambaran selama sebulan bermula 5 Julai depan di Janda Baik, Pahang.
“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!

Gabungan Tajul Dan Wany Hasrita Bagaikan Jelmaan Arwah Achik Spin Dan Siti Nordiana

Sudahkah anda dengar lagu baru Tajul dan Wany Hasrita yang berjudul Di sana Cinta Disini Rindu ? Difahamkan lagu ini sudah diperdengarkan sejak 2 bulan yang lalu namun video muzik baru sahaja dipertontonkan menerusi laman Youtube.

Seperti biasa pasti kita mahu melihat reaksi pendengar melalui komen-komen yang tertera. Ramai yang beri komen positif dan ada yang kata seperti nyanyian Arwah Achik Spin dan Siti Nordiana. Betul ke?

“Hari ini ‘baby’ itu lahir akhirnya dan perasaan saya begitu gembira seperti mana Siti Nurhaliza menyambut kelahiran anak pertamanya yang ditunggu-tunggu selama ini!

Ada juga yang kagum dan meremang bulu roma apabila mendengar dua anak muda ini mempersembahkan vokal masing-masing. Suara Tajul memang saling tak tumpah suara macam arwah abangnya.

Wany Hasrita pulak memang ramai yang kata suaranya ala-ala Siti Nordiana. Cuma suara Wany ni bila menyanyi lebih banyak lenggoknya.

Jom dengar layan video muzik mereka ini yang sehingga kini sudah mencecah 750 ribu tontonan. – hc

Sumber –

Baca lebih lanjut di Mstar

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *